Penggemar Ais

Penggemar Ais


Assalamualaikum.Inilah dia wajah jelas si penggemar ais itu.Setiap hari begitu la keadaan.Senyum dan ketawa.Jarang sekali mahu mempamer kesedihan.Hidup harusla gembira bukan.Hidup ini terlalu singkat untuk terus-terusan bersedih.Intro sudah mahu touching kononnya.Nama sebetulnya Noor Masyitah.Tapi lebih banyak yang memanggil Didi.Nama glamer yu olls.hahaha.Sebenanrnya nama panggilan di rumah terus melarat sampai ke sekolah menengah dulu.Almaklumlah budak asrama.Terguna la nama didi tu.Ringkas dan mudah kononnnya.Maka senang la untuk dipanggil. 

Hakikatnya perjalanan hidup ku sangat biasa.Serius biasa saja.Tiadala yang remarkable sangat.Kalau ditoleh ke belakang semula,memang biasa-biasa saja.Belajar secara formal bermula di Tadika dan akhirnya kini sudah bergelar graduan UiTM.Alhamdulillah.Kalau dulu masa sekolah,target aku biasa saja,takda la macam orang lain mungkin.Aku target dapat masuk U dan dapat habis on time.Alhamdulillah tercapai pada usia 23 tahun.Kalau orang lain mungkin target tinggi sampai nak belajar ke luar negara.Tapi itu hak masing-masing.Apa yang pasti,setiap orang pasti mahu yang terbaik bukan.Banyak perancangan hidup sudah dirangka kini,cuma tunggu untuk dilaksanakan.Cumanya,aku perlu memiliki pekerjaan tetap terlebih dahulu.I am praying hard for this every minutes,every seconds.Mari sama-sama doakan ok.Amin.

Pada dasarnya orang mungkin beranggapan aku serius orangnya.Sombong.Tapi aku bukan begitu.(Sambil nyanyi lagu bukan diriku.Over!hehe.) Aku banyak cakap kalau dengan orang yang aku rapat,suka melawak,ketawa itu pasti,usik sana-sini.Tapi kalau dengan strangers atau yang kurang biasa,aku lebih banyak berdiam diri.Lebih banyak mendengar sambil angguk-angguk geleng-geleng.hehehe.Aku beranggapan,lebih baik diam daripada cakap tak tentu hala.Kesudahannya bukannya menghiburkan orang kalau banyak cakap konon bijak pandai tahu itu ini tapi alih-alih menjengkelkan.Kurang elok bukan kalau begitu.Lagipun orang kata Silence is Golden.

Kalau di tanya pendapat itu-ini,aku tidak akan keberatan.Cumanya kita harusla terbuka dalam semua perkara.Tidak semua orang akan sependapat.Pasti ada yang lain cara pemikirannya.Setiap orang pasti memiliki cara tersendiri dalam menilai dan memerhati sesuatu perkara.Keterbukaan itu sangat penting.Aku begitu.Maka seringkali aku mengharapkan orang lain juga mampu bersikap terbuka.Tapi sayangnya tidak semua orang begitu.Oleh itu,kadang-kadang aku boleh jadi seperti mengalah dengan orang yang mahu menang saja dalam pendapatnya.Bukan bermaksud kita kalah bukan.Kita cuma mengambil langkah yang bijak dengan tidak memperbesarkan perkara itu.Sedih juga sebenarnya kalau tidak mampu menyuarakan pendapat yang sebetulnya.Hidup beginilah.

Panjang berjela sudah coretan si penggemar ais ni.Banyak lagi mungkin.Mana mungkin boleh kenal secara terperinci hanya dengan sedikit pengenalan ini.Kalau mahu lebih,boleh tanya saja.Insyaallah akan dijawab.Apa-apa pun,salam mesra buat semua.Jalani hidup dengan penuh keikhlasan dan bukannya dengan iri hati.Itu amalan yang tidak sihat.Sama-sama la kita saling mengingatkan.Sampai jumpa lagi.Salam.