Penggemar Ais

Tuesday, January 25, 2011

Good pretender VS Hypocrite

Assalamualaikum.Hey hai.Apa khabar semua?Harapnya sihat la ye.Insyaallah. Oh ye, aku dah sign up nuffnang dan tanpa membuang masa telah meletaknya di blog ini.Kawan-kawan yang baik (siap puji-puji lagi kan.hehehe :D) sekalian,ringan-ringankan tangan untuk click ye.Besar pahala korang.hik3.Gedik ooh ayat itu.Minta belas orang click nuffnang.heh.Sebenarnya aku yang selalu lambat dalam segala hal pasal blog ni,memang la.Orang lain dah berkurun lama ber-nuffnang.Siap dah cash out earnings yang riban-riban.Aku ni baru nak mula.Kesian.heh.

Baiklah intro berjela pasal nuffnang saja.Back to main issue.Tengok tajuk pun dah tahu aku nak cakap pasal apa.Sebenarnya dah lama benda ni aku terlintas di otak aku yang dah lama tak dikerah untuk berfikir ni.Almaklumla semenjak dua menjak dah habis belajar ni.Otak bukan main relax lagi. Orang selalu nak salahkan orang yang suka berpura-pura ni.Tanpa bedah siasat, tanpa usul periksa terus jatuhkan hukuman. Baikla bedah siasat.Sebenarnya tak perlu la nak bedah ke apa. Just siasat je pun.hahaha.Bukan nya perlu operation bagai.Melalut.heh.Hukuman yang aku cakap kat atas ni,bukan la sampai kena penjara,hukum gantung mandatori,sebat dan sebagainya.Melampau la pulak kalau sampai macam tu.Cumanya orang yang semacam berpura-pura ni terus kena cop as HIPOKRIT.Fine la didi siap caps lock on.haha.Bukan apa.Saja nak emphasize.Itula gelaran yang sinonim dengan mereka.Mungkin aku pun pernah kena cop macam tu.Siapa tahu bukan?Orang zaman sekarang ni kan suka cakap belakang.Tapi bila berdepan lembut gigi dari lidah.Hambek kau aku kasi peribahasa ke bidalan ke apa tu.Baiklah bahasa melayu makin teruk.

Sebenarnya hipokrit dan penyamar yang baik (good pretender) adalah berbeza. Bagi pendapat aku,consequence kepada sikap-sikap itu yang berbeza nya. Mungkin benda ini akan nampak jelas jika pada situasi dan keadaan.Mari membedah siasat.

Situasi 1:

Ayam berkawan dengan itik.Mereka berkawan baik dari kecil lagi.BFF la katanya. Tapi dalam masa yang sama sebenarnya si itik ni cemburu dengan kaki si ayam yang kurus dan seksi itewww.Lagipun orang kata tuah ayam nampak di kaki. Mungkin kaki yang seksi itu selalu membawa tuah kepada si ayam. Lantas membuatkan si itik berasa cemburu. Dari sehari ke sehari. Perasaan cemburu nya itu kian bercambah. Bercambah?Oh didi,kau ingat cemburu itu macam tanam bunga ka siap bercambah bagai.hahaha.Bertambahla.Bukan bercambah.heh.Bila dengan si ayam,kemain lagi baiknya si itik.Baik.Siap cakap kaula kawanku yang paling baik.Tapi bila dengan si angsa (watak sampingan), ligat si itik mengutuk dan menjaja keburukan si ayam. Almaklumla BFF. Pasti banyak rahsia dikongsi antara ayam dan itik. Alkisahnya.

Hasil bedah siasat:

Aku kategorikan si itik ini sebagai hipokrit.Kawan yang baik dan ikhlas,tidak akan berasa cemburu dengan kawan baik sendiri.Malahan kita sepatutnya bangga dengan kelebihan yang ada pada kawan kita.Bangga dengan kawan yang ada kaki seksi.Awwww :P Gitula. Lagi satu hal, kawan yang baik,pasti tidak akan memburu-burukkan kawan nya.Nampak la ketidak-ikhlasan dalam berkawan. Tidak baik bukan,menjaja keburukan orang.Padahal ia seperti membuka pekung kita sendiri di mana menunjukkan keburukan kita yang tidak boleh memegang amanah.Perihal mahupun apa saja seperti rahsia yang dikongsikan,itu adalah amanah untuk kita menyimpannya. Kalau pun terdetik keinginan untuk berkaki cantik dan seksi seperti kawan kita itu,apa salahnya cakap terang-terang 'Cantikla kaki kau.Aku nakla ada kaki macam kau ni.Seksi uuuuu..' Apa la salahnya kalau kita memuji kawan sendiri.Kagum dengan cara memuji sambil meluahkan rasa hati yang inginkan kaki sebegitu.Bukannya dengan mencemburuinya dalam diam malahan kian hari perasaan itu semakin menguasai diri hingga lupa hubungan persahabatan yang terjalin sampai tahap bercerita itu ini dengan orang lain.Perasaan kita boleh dikawal.Jika sekali kita sudah terdetik dengan perasaan negatif,maka negatifla ia.Marila kita menjadi lebih positif supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi seorang yang hipokrit.Daripada cemburu,menjadi dengki sampai mengkhianati kawan dan paling kasihan telah menjadi hipokrit sebab mempunyai dua watak.Baik di depan dan jahat di belakang.Astaghfirullah al-azim.Janganla kita jadi begitu.



Itu kisah hipokrit. Penyamar yang baik pulak bagaimana?



Situasi 2:

Arnab bekerja di sebuah syarikat ternama iaitu syarikat milik si Singa. Arnab sudah bekerja selama 3 tahun di syarikat itu. Agak lama jugak si arnab bertahan bekerja di syarikat itu. Gaji yang lumayan.Bonus hujung tahun pulak masyuukkk.Siapa yang tidak mahu duit bukan.Tapi sungguhpun begitu,ada satu hal yang tidak best. Bos macam Singa.Eh,apa pulak macam.Nama pun syarikat milik si Singa.heh.Pantang silap,kena petir la kau.Habes la kena bambu. Kadang silap nya cuma sikit. Apa orang kata kecil punya hal la.Tapi begitu la. Di sebalik gaji dan bonus yang masyukk itu,ada juga yang kurang bestnya. Pekerja yang lain ramai yang silih berganti.Tidak tahan.Tapi si arnab masih juga si situ. Satu hari, bos nya memanggil masuk ke bilik. Singa bertanya kepada si arnab 'Garang sangatkah saya ni?' Si arnab pun menjawab 'Tak la tuan.Ok je saya rasa. Cumanya tuan seorang yang tegas dan mahu setiap perkara itu dilaksanakan dengan baik dan sebolehnya sempurna.' Singa pun berkata lagi 'Saya bukan apa.Saya cuma mahukan hasil yang produktif dan mencapai sasaran.Lagipun kalau syarikat untung, semua pekerja pun menikmati sama hasilnya.' Begitula soal jawab antara pekerja dan majikan.


Hasil bedah siasat:

Aku kategorikan si arnab ini sebagai penyamar yang baik. Si arnab menjawab dengan sebaiknya soalan bos nya. Tidak mengampu dengan kata-kata pujian. Tidak juga mengutuk. Malah si arnab menggunakan perkataan yang sedap di dengar orang kata. Berkias sambil berterus-terang. Tegas itu satu sikap yang positif tapi juga menunjukkan garang dalam maksudnya yang sebaliknya. Lepas itu mahukan sempurna juga adalah perkara yang positif.Tapi dalam maksud yang lain 'kau tak boleh salah sikit ohhh,kalau tak,habesla kau.' Nampak bukan si arnab menjadi penyamar yang baik. Bersikap jujur dengan majikannya tapi dalam masa yang sama tidak mahu memperkecilkan dan menyinggung perasaan majikannya.



Kesimpulan: Aku guna watak binatang sebab kalau aku guna nama,kang ada pulak yang sentap.Tak pasal nanti dia cakap aku mengata dia pulak.Tapi alkisahnya memang berkenaan manusia bukannya binatang ye kawan-kawan.Watak semata- mata. Pokok pangkalnya aku nak cerita pasal hipokrit dan penyamar yang baik itu. Itula seba sedikit pendapat aku. Mungkin orang lain, lain pula pendapatnya. Kalau ada yang sudi memberi pendapat berkenaan ini, amat di alu-alukan. Apa yang baik kita jadikan teladan, yang kurang baik dijadikan sempadan. Insyaallah.




Source: Google

OH.Inilah gambar watak-watak di atas.hihihi :D
Singa saja tak ada. Baikla sebenarnya itu gambar Farmville.
Facebook Game. Mungkin pemilik ladang tak berani nak bela singa.ngeh3.
Tumpang lalu, tumpang gambar ye pemilik ladang di atas. Ampun.







p/s: Aku juga pemain Farmville. Jom jadi jiran.hehehehe :P








Yang ikhlas,
Si Penggemar Ais :)





3 comments:

tity said...

teringat kisah dulu dulu..

Didi said...

tity:this is so random thought.Sebenarnya muhasabah diri.Kira peringatan la untuk diri sendiri.Yang baik jadi teladan,yang kurang baik jadikan sempadan.Insyaallah.

Anonymous said...

Kita berhibur jap dengan pantun kelakar di bawah, yang dipetik dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’ hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.