Penggemar Ais

Tuesday, January 25, 2011

Bodoh sombong!

Assalamualaikum. Aku baru balik dari BSN untuk beli nombor pin PTPTN untuk adik aku. Aku yang first time nak beli agak blur di sana. Lepas tu aku pun tanya pekerja BSN. Dia pun tunjuk. Rupanya macam biasa saja. Isi borang yang tulisan biru tu,yang borang untuk bayaran dan sebagainya. Isi nama, nombor kad pengenalan dan tick kotak lain-lain. Dekat lain-lain tu tulislah PTPTN. Lepas tu macam biasa la ambil nombor giliran. Terima kasih encik BSN. :)

Alkisahnya waktu aku nak isi borang tu, aku terjumpa kad pengenalan orang. Tercicir. Aku pun bagitau la bapa aku. Eh lupa pula, aku pegi BSN tu dengan bapa aku. Bapa aku dengan rasa bertanggungjawabnya pun pegi la tanya orang-orang yang ada dalam BSN tu kalau kad pengenalan tu dorang yang tercicir tu. Tanya punya tanya, ada sorang makcik tu tunjuk mungkin perempuan yang duduk depan sekali tu kot punya. Bapa aku pun pegi tanya. Dan memang perempuan tu yang punya kad pengenalan tu. Time bapa aku hulur kad pengenalan tu, aku tengok perempuan tu tak senyum pun (muka sombong) dan yang paling dasyat nya tak ucap TERIMA KASIH pun. Dalam hati aku, ' ek eleh pompuan ni,syukurla orang bagi IC tu.Terima kasih pun tak.hampeh je.'

Bukan la kita mengharapkan sangat ucapan terima kasih tu. Tapi sekurang-kurangnya budi bahasa itu penting ye kawan-kawan. Sebab kalau aku, sure dah cuak kalau IC tercicir. Memang syukur teramatla kalau ada orang yang sudi kembalikan bila terjumpa IC tu. Kalau dalam hal-hal lain pun, aku dah terbiasa cakap terima kasih. Even benda kecil sekali pun, perlu bagi aku ucap terima kasih. Terima kasih ni macam magic word la kiranya. Perkataan yang boleh menyenangkan hati orang yang dah tolong kita tu. Bak kata pepatah 'Orang berbudi, kita berbahasa.' Gitula. Jangan la nak menyombong tak tentu pasal. Lagipun tak rugi pun kita ucap terima kasih tu. Tak perlu pun nak keluar duit untuk bayar ke apa. Guna air liur je pun. Takkan tu pun nak berkira?heh.


Moral of the story, janganla kita nak menyombong tak bertempat ye. Kita hidup ni saling bergantung, saling memerlukan antara satu sama lain. Jauhkan la dari bersikap bodoh sombong. Tak untung mana pun bersikap macam tu. Buat orang keliling meluat adalah. Kalau boleh, senyumla selalu. Senyum itu kan pemanis muka. Lagipun awet muda, katanya kalau selalu senyum.


Source: Google

Tengok. Kambing pun pandai senyum.
Senyumlah selalu. Senyum seindah suria.
Tapi, tapi, tapi..,senyum-kambing?erkk?
Sebaiknya senyumla seikhlas hati kita.




Info:

Simpulan bahasa : Senyum kambing
Maksud : Senyum sedikit atau senyum yang dibuat-buat.







Oklah, tu la serba sikit aku nak kongsikan. Till then, selamat tengahari semua. Lunch apa hari ni?

3 comments:

Kyru Amyra said...

pmpn tu tgh pms kot. hehe

tity said...

saya tag kamu dalam post ini..jom join :)

Didi said...

amyra:mungkin la kot.hehe.maafkan lah dia.kira halal je la.hehe :)


tity:yahhh.join!27 tu closing date.no kegemaran. :)