Penggemar Ais

Wednesday, January 26, 2011

DANIEL ADIE GIVEAWAY: Diary Motivation 2011

Assalamualaikum. Saat aku kekeringan idea, rasa bertuah bila sahabatku menge-tag untuk join contest ni. Aku yang teruja pergi la cekidaut (check-it-out). Semangat I uuu. Kenapa kau semangat semacam ni wahai Didi? Siapa tak semangat tengok Diary 2011 yang cun melecun itu. Tahun baru, azam baru, semangat baru. Aku bertambah semangat lagi kalau aku ada Diary cantek iteww. Awww :D Boleh aku bayangkan, setiap azam dan sasaranku untuk 2011 pasti buat aku lebih bersemangat untuk merealisasikan dengan adanya Diari yang cantik jelita itu. Saat aku mungkin lupa, kekurangan motivasi dalam langkahku, tapi hatiku pasti senang dan kembali bersemangat membaca tiap bait kata yang tercoret di dalam diari cantek yang luar biasa itu yang bisa memotivasikan diriku kembali yakni sesuai dengan nama 'DIARY MOTIVATION 2011'.

"People with many interests live,
Not only longest, but happiest."
I am so gonna be the happiest person,
When the Diary Motivation 2011 is mine :)


Mana mau dapat itu diari cantek,moh le kita join ini:



Dan dengan semangatnya juga aku menge-tag:





Fakta: First time join contest.Moga tuah memihakku.Insyaallah.


Tuesday, January 25, 2011

Bodoh sombong!

Assalamualaikum. Aku baru balik dari BSN untuk beli nombor pin PTPTN untuk adik aku. Aku yang first time nak beli agak blur di sana. Lepas tu aku pun tanya pekerja BSN. Dia pun tunjuk. Rupanya macam biasa saja. Isi borang yang tulisan biru tu,yang borang untuk bayaran dan sebagainya. Isi nama, nombor kad pengenalan dan tick kotak lain-lain. Dekat lain-lain tu tulislah PTPTN. Lepas tu macam biasa la ambil nombor giliran. Terima kasih encik BSN. :)

Alkisahnya waktu aku nak isi borang tu, aku terjumpa kad pengenalan orang. Tercicir. Aku pun bagitau la bapa aku. Eh lupa pula, aku pegi BSN tu dengan bapa aku. Bapa aku dengan rasa bertanggungjawabnya pun pegi la tanya orang-orang yang ada dalam BSN tu kalau kad pengenalan tu dorang yang tercicir tu. Tanya punya tanya, ada sorang makcik tu tunjuk mungkin perempuan yang duduk depan sekali tu kot punya. Bapa aku pun pegi tanya. Dan memang perempuan tu yang punya kad pengenalan tu. Time bapa aku hulur kad pengenalan tu, aku tengok perempuan tu tak senyum pun (muka sombong) dan yang paling dasyat nya tak ucap TERIMA KASIH pun. Dalam hati aku, ' ek eleh pompuan ni,syukurla orang bagi IC tu.Terima kasih pun tak.hampeh je.'

Bukan la kita mengharapkan sangat ucapan terima kasih tu. Tapi sekurang-kurangnya budi bahasa itu penting ye kawan-kawan. Sebab kalau aku, sure dah cuak kalau IC tercicir. Memang syukur teramatla kalau ada orang yang sudi kembalikan bila terjumpa IC tu. Kalau dalam hal-hal lain pun, aku dah terbiasa cakap terima kasih. Even benda kecil sekali pun, perlu bagi aku ucap terima kasih. Terima kasih ni macam magic word la kiranya. Perkataan yang boleh menyenangkan hati orang yang dah tolong kita tu. Bak kata pepatah 'Orang berbudi, kita berbahasa.' Gitula. Jangan la nak menyombong tak tentu pasal. Lagipun tak rugi pun kita ucap terima kasih tu. Tak perlu pun nak keluar duit untuk bayar ke apa. Guna air liur je pun. Takkan tu pun nak berkira?heh.


Moral of the story, janganla kita nak menyombong tak bertempat ye. Kita hidup ni saling bergantung, saling memerlukan antara satu sama lain. Jauhkan la dari bersikap bodoh sombong. Tak untung mana pun bersikap macam tu. Buat orang keliling meluat adalah. Kalau boleh, senyumla selalu. Senyum itu kan pemanis muka. Lagipun awet muda, katanya kalau selalu senyum.


Source: Google

Tengok. Kambing pun pandai senyum.
Senyumlah selalu. Senyum seindah suria.
Tapi, tapi, tapi..,senyum-kambing?erkk?
Sebaiknya senyumla seikhlas hati kita.




Info:

Simpulan bahasa : Senyum kambing
Maksud : Senyum sedikit atau senyum yang dibuat-buat.







Oklah, tu la serba sikit aku nak kongsikan. Till then, selamat tengahari semua. Lunch apa hari ni?

Good pretender VS Hypocrite

Assalamualaikum.Hey hai.Apa khabar semua?Harapnya sihat la ye.Insyaallah. Oh ye, aku dah sign up nuffnang dan tanpa membuang masa telah meletaknya di blog ini.Kawan-kawan yang baik (siap puji-puji lagi kan.hehehe :D) sekalian,ringan-ringankan tangan untuk click ye.Besar pahala korang.hik3.Gedik ooh ayat itu.Minta belas orang click nuffnang.heh.Sebenarnya aku yang selalu lambat dalam segala hal pasal blog ni,memang la.Orang lain dah berkurun lama ber-nuffnang.Siap dah cash out earnings yang riban-riban.Aku ni baru nak mula.Kesian.heh.

Baiklah intro berjela pasal nuffnang saja.Back to main issue.Tengok tajuk pun dah tahu aku nak cakap pasal apa.Sebenarnya dah lama benda ni aku terlintas di otak aku yang dah lama tak dikerah untuk berfikir ni.Almaklumla semenjak dua menjak dah habis belajar ni.Otak bukan main relax lagi. Orang selalu nak salahkan orang yang suka berpura-pura ni.Tanpa bedah siasat, tanpa usul periksa terus jatuhkan hukuman. Baikla bedah siasat.Sebenarnya tak perlu la nak bedah ke apa. Just siasat je pun.hahaha.Bukan nya perlu operation bagai.Melalut.heh.Hukuman yang aku cakap kat atas ni,bukan la sampai kena penjara,hukum gantung mandatori,sebat dan sebagainya.Melampau la pulak kalau sampai macam tu.Cumanya orang yang semacam berpura-pura ni terus kena cop as HIPOKRIT.Fine la didi siap caps lock on.haha.Bukan apa.Saja nak emphasize.Itula gelaran yang sinonim dengan mereka.Mungkin aku pun pernah kena cop macam tu.Siapa tahu bukan?Orang zaman sekarang ni kan suka cakap belakang.Tapi bila berdepan lembut gigi dari lidah.Hambek kau aku kasi peribahasa ke bidalan ke apa tu.Baiklah bahasa melayu makin teruk.

Sebenarnya hipokrit dan penyamar yang baik (good pretender) adalah berbeza. Bagi pendapat aku,consequence kepada sikap-sikap itu yang berbeza nya. Mungkin benda ini akan nampak jelas jika pada situasi dan keadaan.Mari membedah siasat.

Situasi 1:

Ayam berkawan dengan itik.Mereka berkawan baik dari kecil lagi.BFF la katanya. Tapi dalam masa yang sama sebenarnya si itik ni cemburu dengan kaki si ayam yang kurus dan seksi itewww.Lagipun orang kata tuah ayam nampak di kaki. Mungkin kaki yang seksi itu selalu membawa tuah kepada si ayam. Lantas membuatkan si itik berasa cemburu. Dari sehari ke sehari. Perasaan cemburu nya itu kian bercambah. Bercambah?Oh didi,kau ingat cemburu itu macam tanam bunga ka siap bercambah bagai.hahaha.Bertambahla.Bukan bercambah.heh.Bila dengan si ayam,kemain lagi baiknya si itik.Baik.Siap cakap kaula kawanku yang paling baik.Tapi bila dengan si angsa (watak sampingan), ligat si itik mengutuk dan menjaja keburukan si ayam. Almaklumla BFF. Pasti banyak rahsia dikongsi antara ayam dan itik. Alkisahnya.

Hasil bedah siasat:

Aku kategorikan si itik ini sebagai hipokrit.Kawan yang baik dan ikhlas,tidak akan berasa cemburu dengan kawan baik sendiri.Malahan kita sepatutnya bangga dengan kelebihan yang ada pada kawan kita.Bangga dengan kawan yang ada kaki seksi.Awwww :P Gitula. Lagi satu hal, kawan yang baik,pasti tidak akan memburu-burukkan kawan nya.Nampak la ketidak-ikhlasan dalam berkawan. Tidak baik bukan,menjaja keburukan orang.Padahal ia seperti membuka pekung kita sendiri di mana menunjukkan keburukan kita yang tidak boleh memegang amanah.Perihal mahupun apa saja seperti rahsia yang dikongsikan,itu adalah amanah untuk kita menyimpannya. Kalau pun terdetik keinginan untuk berkaki cantik dan seksi seperti kawan kita itu,apa salahnya cakap terang-terang 'Cantikla kaki kau.Aku nakla ada kaki macam kau ni.Seksi uuuuu..' Apa la salahnya kalau kita memuji kawan sendiri.Kagum dengan cara memuji sambil meluahkan rasa hati yang inginkan kaki sebegitu.Bukannya dengan mencemburuinya dalam diam malahan kian hari perasaan itu semakin menguasai diri hingga lupa hubungan persahabatan yang terjalin sampai tahap bercerita itu ini dengan orang lain.Perasaan kita boleh dikawal.Jika sekali kita sudah terdetik dengan perasaan negatif,maka negatifla ia.Marila kita menjadi lebih positif supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi seorang yang hipokrit.Daripada cemburu,menjadi dengki sampai mengkhianati kawan dan paling kasihan telah menjadi hipokrit sebab mempunyai dua watak.Baik di depan dan jahat di belakang.Astaghfirullah al-azim.Janganla kita jadi begitu.



Itu kisah hipokrit. Penyamar yang baik pulak bagaimana?



Situasi 2:

Arnab bekerja di sebuah syarikat ternama iaitu syarikat milik si Singa. Arnab sudah bekerja selama 3 tahun di syarikat itu. Agak lama jugak si arnab bertahan bekerja di syarikat itu. Gaji yang lumayan.Bonus hujung tahun pulak masyuukkk.Siapa yang tidak mahu duit bukan.Tapi sungguhpun begitu,ada satu hal yang tidak best. Bos macam Singa.Eh,apa pulak macam.Nama pun syarikat milik si Singa.heh.Pantang silap,kena petir la kau.Habes la kena bambu. Kadang silap nya cuma sikit. Apa orang kata kecil punya hal la.Tapi begitu la. Di sebalik gaji dan bonus yang masyukk itu,ada juga yang kurang bestnya. Pekerja yang lain ramai yang silih berganti.Tidak tahan.Tapi si arnab masih juga si situ. Satu hari, bos nya memanggil masuk ke bilik. Singa bertanya kepada si arnab 'Garang sangatkah saya ni?' Si arnab pun menjawab 'Tak la tuan.Ok je saya rasa. Cumanya tuan seorang yang tegas dan mahu setiap perkara itu dilaksanakan dengan baik dan sebolehnya sempurna.' Singa pun berkata lagi 'Saya bukan apa.Saya cuma mahukan hasil yang produktif dan mencapai sasaran.Lagipun kalau syarikat untung, semua pekerja pun menikmati sama hasilnya.' Begitula soal jawab antara pekerja dan majikan.


Hasil bedah siasat:

Aku kategorikan si arnab ini sebagai penyamar yang baik. Si arnab menjawab dengan sebaiknya soalan bos nya. Tidak mengampu dengan kata-kata pujian. Tidak juga mengutuk. Malah si arnab menggunakan perkataan yang sedap di dengar orang kata. Berkias sambil berterus-terang. Tegas itu satu sikap yang positif tapi juga menunjukkan garang dalam maksudnya yang sebaliknya. Lepas itu mahukan sempurna juga adalah perkara yang positif.Tapi dalam maksud yang lain 'kau tak boleh salah sikit ohhh,kalau tak,habesla kau.' Nampak bukan si arnab menjadi penyamar yang baik. Bersikap jujur dengan majikannya tapi dalam masa yang sama tidak mahu memperkecilkan dan menyinggung perasaan majikannya.



Kesimpulan: Aku guna watak binatang sebab kalau aku guna nama,kang ada pulak yang sentap.Tak pasal nanti dia cakap aku mengata dia pulak.Tapi alkisahnya memang berkenaan manusia bukannya binatang ye kawan-kawan.Watak semata- mata. Pokok pangkalnya aku nak cerita pasal hipokrit dan penyamar yang baik itu. Itula seba sedikit pendapat aku. Mungkin orang lain, lain pula pendapatnya. Kalau ada yang sudi memberi pendapat berkenaan ini, amat di alu-alukan. Apa yang baik kita jadikan teladan, yang kurang baik dijadikan sempadan. Insyaallah.




Source: Google

OH.Inilah gambar watak-watak di atas.hihihi :D
Singa saja tak ada. Baikla sebenarnya itu gambar Farmville.
Facebook Game. Mungkin pemilik ladang tak berani nak bela singa.ngeh3.
Tumpang lalu, tumpang gambar ye pemilik ladang di atas. Ampun.







p/s: Aku juga pemain Farmville. Jom jadi jiran.hehehehe :P








Yang ikhlas,
Si Penggemar Ais :)





Sunday, January 23, 2011

Ahad yang cantek!:D

Assalamualaikum.Salam ahad.Oh sebenarnya nak letak tajuk Beautiful sunday.Tapi saja letak dalam BM.Lucu pula.Macam ahad tu adalah orang.heh :P This is so random update.Lets cekidaut:

1.Old story.Little bit about AJL.Sedihla Faizal Tahir tak menang AJL.Eventhough menang best performance.But I want more.Mengada.Aku pulak yang lebih-lebih kan.hehehehe :D Anyway,congratulation and celebration.Tahniah FT.You're the best!

2.Pastu kan.Best teramat best la music arrangement Cinta Sempurna yang Yuna nyanyi time AJL tu. Outstanding.Well done Yuna!.Yuna is so sweet and humble.Keep it up ya..(Aku ingat Yuna akan menang.If not the 1st one,atleast top 3.Tapi takpa la.Ku tetap akan menyokong Yuna.hihihi..)

3.Topik lain pulak.Apa perasaan korang kalau seorang lelaki sanggup bangun tengah malam or around 2-3 am untuk qiamulail dan berdoa untuk korang?Kalau aku,serius terharu. (T_T)

4.Next is,AKU DAH ADA TWITTER.hahahaha.semangat.siap caps lock on.padahal orang lain lama dah bertwitter.Aku buat account ni around last week.Best pulak.tweet tweet tweet..

5.I discovered about something. Macam jumpa apa je.Siap discover bagai.hehehe..As eberiwan (everyone.saja mengade eja macam gedik.oh no!muntah hijau.) knows 'Revenge is always sweet.' Bukan aku la yang balas dendam ke apa.That is so not me.Cuma biasala.What goes around comes around.Kalau semalam kau buat jahat,esok-esok orang pulak buat jahat dengan kau.Gitu la.Moral of the story,be nice to everyone around u.Tak rugi pun.Untung lagi ada.Sebab siapa tahu satu hari nanti,berlipat ganda kebaikan yang kita dapat.Insyaallah.

6.Aku makin hitam la.Padahal duduk rumah.Pelik bin ajaib.Walhal dulu dekat KL.Makin cerah pulak.Jom gi KL mencerahkan kulit.heheheh :D

7.Semoga minggu depan akan membawa kegembiraan dan kemanisan dalam hidup.Ayat macam orang nak kawen je.hahahaa.Apa pun,jom doakan yang terbaik buat aku secara berjemaah.Amin.(Padahal tak tahu nak cakap apa dah.Tapi nak jugak cukupkan tujuh.Sebab rasa nombor tujuh cantik.hehehe.Takda kaitan.) Tapi betol la,serius ni.Doakan aku ye kawan-kawan.Doakan aku dapat kerja cepat.Nanti leh belanja korang.heehehe..Really need it.Thanks muchie for the Doa.Love.






Much love,
Si Penggemar Ais ^^

Wednesday, January 19, 2011

Andai Ku Tahu

Assalamualaikum.Semalam aku tengok drama.Tajuknya seperti tajuk di atas.Skema betol ayat.hahaha..Sebenarnya cerita sedih.Boleh lagi aku ketawa.heh.Asalnya aku tak tengok pun cerita ni dari awal.Aku just tekan2 remote randomly one by one channel tv.Makanya tertengok la drama melayu ini.Ringkasnya cerita ni pasal seorang isteri yang 'panic attact' bila suaminya didapati diabetes atau mudahnya kencing manis.Macam-macam isteri dia buat untuk jaga suami dia.Kawal makan.No more ayam goreng segala.Nasi pun guna beras yang takda kanji which is rasa tawar.Kurang nikmat wooo..Tapi demi untuk melihat suami sihat kembali.Pelbagai pengorbanan dibuat.Setiap pagi jogging sebelum pergi kerja.Kerja pun isteri nya yang hantar ambil sebab taknak si suami penat.Dekat office pula,call banyak kali to ensure si suami makan ubat on time dan tak curi2 makan makanan manis.Sampaikan setiausaha si suami berasa hairan dan berfikiran yang si isteri mungkin cemburu.

Towards the end,si suami macam menunjukkan perangai lain dari lain.Misalnya,kalau selalu isteri saja yang selalu kasihan dengan kanak-kanak yang jual buku segala dekat jalan or kaki 5.Bagi si suami,kanak-kanak itu mungkin disuruh atau dipaksa oleh seseorang di mana akhirnya bukan kanak-kanak itu yang untung.(Aku pun selalu fikir macam tu.Tapi kalau yang jual kismis tu,aku layan juga la.Beli 1 atau 2.Lepas tu macam haru je bila kanak-kanak lain pulak serbu suruh beli.huh.) Tapi satu hari tu,si suami balik bawa buku yang dibeli dari kanak-kanak itu.Si isteri pun menegur.Kata si suami ni buku agama.Tu yang beli.Si isteri pun tengokla buku tu bila si suami ke dapur buat air.Buku yang di beli berkait kematian,alam kubur dan sebagainya.Maka sentapla si isteri.Adakah itu 1 petanda?Lepas tu si suami datang dari dapur membawa 2 gelas air.1 untuk si isteri.Si isteri terkejut sebab jarang bagi si suami untuk membuat air untuknya.Dalam pada tu,sempat juga puji air yang dibuat suami sedap.Si suami berkata, 'Mestila sedap.Air abang buatkan.Sayang kena ingat tau rasa sedap ni sampai bila-bila.Mungkin ini kali terakhir abang buatkan air.Oh!Si isteri sentap lagi mendengar ayat itu.Namun didiamkan saja.

Hari demi hari berlalu.Satu hari, si isteri sakit kepala dan mengambil cuti untuk berehat.Si suami pun pergi kerja sendiri.Sudah pergi tapi berpatah balik sebab lupa bawa ubat.Takut si isteri bising.heh.Tapi,tapi,tapi..saat sampai rumah,panggil punya panggil,si isteri senyap saja.Si suami pun naik ke atas kalau si isteri di bilik.Namun saat itu,si isteri sudah jatuh terbaring di atas lantai.Alangkah terkejut dan sedihnya bila si suami memegang pergelangan tangan,tiada nadi sudah berdenyut.Si isteri telah pergi buat selamanya.

Seperti tajuk cerita 'Andai ku tahu'.Siapa pun tidak menduga.Suami yang sakit,tapi isteri yang pergi.Through out the drama,i can see how concern and sweet his wife in taking care of his health.Tapi kini,Semuanya tidak lagi.Tidak akan ada lagi bebelan itu ini yang mengingatkan untuk makan ubat dan sebagainya.Kematian itu pasti.Cuma masa dan bila saja tidak diketahui.

Berkisar mengenai realiti hidup di sekeliling,saban hari seringkali dikejutkan dengan berita kematian yang mendadak.Ada yang masih muda.Ada yang tidak sakit pun.Macam-macam.Paling terdekat,kawan baik ibu ku yang meninggal selepas anaknya berkahwin.Yang sempat cuma majlis di pihak perempuan.Majlis di pihak mereka belom lagi.Majlis kawen yang sepatutnya di hujung minggu bertukar kepada majlis tahlil.Sedihkan.Apa yang buat aku lebih terasa,solat jenazah di buat di ruang tamu di hadapan pelamin yang sudah siap.Dapat ku lihat kesedihan yang paling ketara di wajah anak-anaknya terutama sekali yang baru saja berkahwin.

Expect unexpected.Renung-renungkan dan selamat beramal.Marila sama-sama kita memperbaiki diri.Insyaallah.

Akhrir sekali,jom dengar lagu 'Andai ku tahu' by Ungu.

Ungu-Andai ku tahu.





p/s:Dialog is not exactly but the meaning is there.Panjang sebenarnya drama ni.Tapi aku ringkaskan seringkasnya.The point is about Kematian.Mengingati mati itu tidak salah.Sebagai ingatan buat kita semua.Insyaallah,semoga hari ini dan seterusnya lebih baik daripada semalam.



Monday, January 17, 2011

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

Inspiration.Insyaallah.Everything will be fine.Amin.

Hujung Minggu

Assalamualaikum.Bagaimana dengan hujung minggu anda semua?Hujung minggu ku sungguh padat.Dalam kata lain food marathon.Padat di perut daaa.Hari sabtu,aku pergi Miri sebab ibu tersayang nak jumpa dentist.Sambil-sambil tu adalah berjalan sikit.Sikit je la.Just drop by untuk beli barang.Hari Sabtu adalah hari makan yang sangat cemerlang.Aku redeem pizza di Pizza Hut.Lepas tu pegi beli kek dekat Secret Recipe.Beli kaya ball dengan banyaknnya.Kokoberry lagi.Full woo perut aku.Sebelum balik pulak sempat singgah Toyota.Kebetulan pula Toyota ada celebrate birthday makanya ada makan-makan free untuk customer yang datang.Makan lagi.Tapi aku share dengan ibu ku.Jadi nya tak la terasa kenyang tahap sendat perut.Kira ok la.Terima kasih ye Toyota.Lain kali jemput kami lagi kalau ada acara makan-makan.heh :P

Itulah kisah hari Sabtu.Hari Ahad pula cuma menghabiskan masa di rumah.Pagi lagi sudah makan baki pizza semalam.Tapi panaskan dulu la before makan tu.Takkan nak makan yang sejuk fresh dari peti sejuk kan.Sungguh 'healthy' sarapanku di hari minggu.ish3 (sambil geleng kepala).Tengahari pula aku makan sikit nasi berlaukkan sup ayam dan sayur.Makan sikit konon rasa bersalah dah makan macam orang yang tak makan bertahun semalam.Sikit pun aku kekenyangan sebab aku ada makan amplang (keropok) in between.Tak lama lepas tu,bapa aku balik bawa bahan-bahan untuk rojak.Maka aku pun makan lagi.Rojak wooo.Tak boleh tahan daa..Petangnya pula aku makan pisang goreng atau goreng pisang.Aku selalu confuse mana satu yang sepatutnya.Kalau nak senang lagi panggil saja la cucur pisang.hehehe..Sepanjang hari semalam juga aku minum bergelas hot green tea konon nak mempercepatkan pencernaan makanan yang aku makan.Entah betul atau tak teori aku tu.heh..Gambar harusla takda.Acara makan tanpa sabar.Nampak makanan terus baham.hehe :P

Apa-apa pun,selamat memulakan minggu baru ye kawan-kawan.Semoga minggu ini berjalan lancar buat diriku dan juga anda semua.Semoga hidup lebih diberkati.Insyaallah.Sampai jumpa lagi.Take care :)





Friday, January 14, 2011

Lambat cerita daa..

Assalamualaikum.Hari ini aktiviti aku semacam gigih untuk aktif semula blogging.Makanya,dimulakan dengan menukar itu ini di blog ini. Nama pun sudah bertukar.Ada header dah la u'ollss (sebut dengan gedik sekali.hahaha :P)Tapi header tu cuma biasa-biasa.Simple.Takla segempak header orang lain.Aku kanak-kanak baru belajar guna paint.eceh -_-

Nama 'Si Penggemar Ais' tu dipilih selepas berfikir sampai dahi berkerut,perut lapar,segala macam.Nampak seperti menipu di sana.Dahla hari ni hari Jumaat.Habesla aku.Ampun.Okay,sebenarnya aku memang penggemar ais,makanya sesuaila begitu.hehe :P

Header pulak,aku buat simple saja.Maklumla,baru nak belajar.Tapi masih belum terlambat bukan.Pelan-pelan kayuh orang cakap.Gambar aku minta ihsan Encik Google.Credit buat google yang selalu membuatkan hidup orang seperti aku ini mudah. :) Simple picture yet very nice.Masuk lif tekan sendiri nampak.heh.Aku simple orangnya maka harusla cari sesuatu yang simple dan tak terlalu berat.Bak kata seorang pensyarahku, KISS.kiss?Mula fikir yang bukan-bukan lah tu.Eh,takla.Aku kan naif.(Taknak mengaku nampak.hihi..)Bukan ciuman ye kawan-kawan.KISS is Keep It Simple and Sweet.

Inilah header si penggemar ais tu.


Layout segala macam pun tukar.Cuma bahagian sidebars tu perlu ditambah baik akan datang.Buat masa ni,itu la yang termampu.Itu sajala cerita untuk hari ini.Selamat berhujung minggu semua :)









Thursday, January 13, 2011

Sudah 2011 la..

Assalamualaikum.Agak lama tidak meng-update blog.Agaknya sudah penuh dengan semak samun.Kekeringan idea juga mungkin kurang rasa untuk menaip.Aku kira banyak perkara berlaku dalam hidup sementelahan sudah habis belajar.Tapi konvo agak lambat iaitu di penghujung tahun.Namun aku masih lagi di sini pencari kerja yang tegar.Aku berdoa dan terus berdoa agar rezeki ku semakin murah untuk 2011 ini.Datangkanlah aku berita gembira dalam tempoh terdekat ini.Amin.Anda-anda sekalian yang membaca ini tolong doakan sekali okay.Allah saja yang mampu membalasnya sebab tolong doakan.

Panjang nya la intro kan.Tidak terlambat lagi untuk aku wish Selamat Tahun Baru 2011.Semoga tahun baru penuh dengan keazaman,murah rezeki,panjang umur,lebih diberkati dan berjaya dalam apa jua.Insyaallah.Tahun bertambah,pastila usia pun bertambah bukan.Aku sudah pun berusia 24 tahun tahun 2011 ini.Almaklumla lahir awal tahun.hehe :D Sambutan cuma biasa-biasa tapi sangat bernilai iaitu makan secara berjemaah bersama keluarga.Tapi kekurangan ahli pula.Bapa dan abang sulungku tidak bersama kami dalam acara makan-makan sampai kembung itu.Paling mantap haruslah salad buah di mana ramuannya terdapat nestle cream dan aiskrim vanila.Sungguh la (berkhasiat)?eh,eh,kenapa berkhasiat itu di dalam kurungan?hahahalol :)) Aku makan dengan cemerlangnya sampai tahap tak boleh nak tundukkan badan.Sendat perut jangan cakapla.Aku rasa aku kenyang sampai malam kot.Rosak diet terus.heh..

Pastinya banyak doa dan harapan aku setelah usia bertambah ni.Tapi itu,sendiri mahu ingatla..Cuma doakan yang terbaik untuk aku k.Rasanya sampai sini saja untuk kali ni.Akhir sekali,ada sedikit gambar masa konvo hari tu.Sweet moment.Memorable day :D



Muka 'eksaited' seorang graduan :D

(Ada macam muka 24 tahun tak?hehe..)



My pillar of strengths.
Nonstop-able loves and supports.
Thank you so much mom and dad.
Love both of u :)

Partner in crime.

Laughs and cry.

Sad and happy.

Ups and down.

Friendship forever ya :D


p/s:gambar hasil tangkapan menggunakan henfon.font untuk entry ini re-edited.aku baru perasan tulisan jadi simbol-simbol sahaja jika buka guna google chrome.sebab semalam buat entry ini guna opera.