Penggemar Ais

Friday, April 1, 2011

I am back yo!:D

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua?(Tanya dengan eksaitednya :D)masalahnya adakah orang ditanya ni?lol.:P Anyhow,tanya saja la kan. I hope everyone is doing good and life is treating well. Aiyak! Kenapa la aku guna bahasa rojak ni.BM BI.hehehe.Terima saja la ye. Hidup harus di teruskan atau bak kata omputih Life must go on.apakah? :P

Regarding previous entry, for the first time I joined a contest.cheewaah.Congratulation to the winners and for sure I am not winning it.hihi.Tapi sekurang-kurangnya saya telah memeriahkan contest tu.ayat nak baik je kan.haha.Dan sekarang rasa diri ni memang tak kreatif ok kalau nak banding orang lain yang join contest tu.They are superb and manage to come with great ideas in joining the contest. Berapa lama la dorang fikir idea-idea tu.Kreatif seyyy..Guess I need to polish my brain to think extraordinary.Be more critical thinking.hohoho.Kesian.Ni la kan.Kena tanamkan dalam diri.Jangan malas fikir.Sila fikir di luar kotak.Luar kotak?Apa tu?haha.Saja la kan.Do think out of the box and come out with something better.Pelik pula kan kalau kita buat direct translation.Like one other example: I like to eat rice.The translation might be Saya suka makan beras (eh beras?) or Saya suka makan nasi.Be careful ya.Rice got more than one meanings.Rice = beras. Rice = nasi. Likewise, BM and English are both important languages.Apa punya hal la aku melalut sampai ajar English segala pula ni.ok ok ok serius.Kembali ke jalan pangkal or pangkal jalan.Adoyai.Apa mau jadi la.hehehe.

Semenjak dua menjak ni, banyak juga la benda yang berlaku. Tapi tak dapat la nak cerita semua sekali harung. Nanti akan cerita satu persatu. Entry by entry. kalau larat taip.hihi. Dah dekat setahun dah aku habis belajar. Aku mengharapkan ada khabar gembira tak lama lagi. Doakan aku k kawan-kawan pembaca. Doakan aku dapat kerja dengan cepat. Pergi sana sini mesti ada yang tanya pasal kerja. Kalau bukan kerja, tanya pasal boyfriend. Aku pun tak tau nak jawab macam mana dah.Sebab takda skema jawapan macam soalan exam tu.haha. Paling tak pun,aku senyum saja la. Kalau rajin sikit,aku jawab la panjang sikit."Insyaallah,doakan la k dapat kerja yang best tak lama lagi.Amin." Lagipun,aku kira kalau bersimpati sambil bagi ayat yang konon macam best dekat aku pasal kerja ni,lebih baik doakan yang terbaik aku dapat kerja yang best tu kan.So,jom berdoa ramai-ramai secara berjemaah aku dapat kerja yang best tu tak lama lagi.Amin.Insyaallah.Kalau dah kerja,boleh gak belanja korang gula batu kan.hehehe :) Dan lagi satu,siapa yang tak nak kerja best kan?renung-renungkan dan selamat beramal.


Lagi apa ye? Ok na bagitau ni. Aku suka KK. KK is Kota Kinabalu. Eventhough aku dari Sarawak. But for no specific reason, I love KK. Harap-harap dapat lah kerja dekat KK. yeay. And I will be happily say HI to KK yo :D Dekat KK ada bakso sedap.Pantai cantik.Pulau yang indah.Some more, ada Kundasang yang feeling macam dekat oversea.Best.Last Friday,aku pergi KK.Ada interview.Again and again,doakan dapat la kerja tu.Amin.Insyaallah.Besarlah harapan.Everytime in KK, I always feel good and happy to be there.I feel good...(ala-ala NTV7) hehehe :)

Seems enough said already.May be gonna continue in next entry. Finally, Happy April everyone and don't let being fool by as like April-fool.Have great day ahead. Atlast, I would like to leave one video of Rossa.One of my favorite singer.Song entitle Ku menunggu.Ku memang sedang menunggu.Menunggu kerja yang bakal tiba tak lama lagi.Amin.Insyaallah.


Enjoy the song!:D


Till we meet again.(Sambil lambai-lambai tangan.) :D

Wednesday, January 26, 2011

DANIEL ADIE GIVEAWAY: Diary Motivation 2011

Assalamualaikum. Saat aku kekeringan idea, rasa bertuah bila sahabatku menge-tag untuk join contest ni. Aku yang teruja pergi la cekidaut (check-it-out). Semangat I uuu. Kenapa kau semangat semacam ni wahai Didi? Siapa tak semangat tengok Diary 2011 yang cun melecun itu. Tahun baru, azam baru, semangat baru. Aku bertambah semangat lagi kalau aku ada Diary cantek iteww. Awww :D Boleh aku bayangkan, setiap azam dan sasaranku untuk 2011 pasti buat aku lebih bersemangat untuk merealisasikan dengan adanya Diari yang cantik jelita itu. Saat aku mungkin lupa, kekurangan motivasi dalam langkahku, tapi hatiku pasti senang dan kembali bersemangat membaca tiap bait kata yang tercoret di dalam diari cantek yang luar biasa itu yang bisa memotivasikan diriku kembali yakni sesuai dengan nama 'DIARY MOTIVATION 2011'.

"People with many interests live,
Not only longest, but happiest."
I am so gonna be the happiest person,
When the Diary Motivation 2011 is mine :)


Mana mau dapat itu diari cantek,moh le kita join ini:



Dan dengan semangatnya juga aku menge-tag:





Fakta: First time join contest.Moga tuah memihakku.Insyaallah.


Tuesday, January 25, 2011

Bodoh sombong!

Assalamualaikum. Aku baru balik dari BSN untuk beli nombor pin PTPTN untuk adik aku. Aku yang first time nak beli agak blur di sana. Lepas tu aku pun tanya pekerja BSN. Dia pun tunjuk. Rupanya macam biasa saja. Isi borang yang tulisan biru tu,yang borang untuk bayaran dan sebagainya. Isi nama, nombor kad pengenalan dan tick kotak lain-lain. Dekat lain-lain tu tulislah PTPTN. Lepas tu macam biasa la ambil nombor giliran. Terima kasih encik BSN. :)

Alkisahnya waktu aku nak isi borang tu, aku terjumpa kad pengenalan orang. Tercicir. Aku pun bagitau la bapa aku. Eh lupa pula, aku pegi BSN tu dengan bapa aku. Bapa aku dengan rasa bertanggungjawabnya pun pegi la tanya orang-orang yang ada dalam BSN tu kalau kad pengenalan tu dorang yang tercicir tu. Tanya punya tanya, ada sorang makcik tu tunjuk mungkin perempuan yang duduk depan sekali tu kot punya. Bapa aku pun pegi tanya. Dan memang perempuan tu yang punya kad pengenalan tu. Time bapa aku hulur kad pengenalan tu, aku tengok perempuan tu tak senyum pun (muka sombong) dan yang paling dasyat nya tak ucap TERIMA KASIH pun. Dalam hati aku, ' ek eleh pompuan ni,syukurla orang bagi IC tu.Terima kasih pun tak.hampeh je.'

Bukan la kita mengharapkan sangat ucapan terima kasih tu. Tapi sekurang-kurangnya budi bahasa itu penting ye kawan-kawan. Sebab kalau aku, sure dah cuak kalau IC tercicir. Memang syukur teramatla kalau ada orang yang sudi kembalikan bila terjumpa IC tu. Kalau dalam hal-hal lain pun, aku dah terbiasa cakap terima kasih. Even benda kecil sekali pun, perlu bagi aku ucap terima kasih. Terima kasih ni macam magic word la kiranya. Perkataan yang boleh menyenangkan hati orang yang dah tolong kita tu. Bak kata pepatah 'Orang berbudi, kita berbahasa.' Gitula. Jangan la nak menyombong tak tentu pasal. Lagipun tak rugi pun kita ucap terima kasih tu. Tak perlu pun nak keluar duit untuk bayar ke apa. Guna air liur je pun. Takkan tu pun nak berkira?heh.


Moral of the story, janganla kita nak menyombong tak bertempat ye. Kita hidup ni saling bergantung, saling memerlukan antara satu sama lain. Jauhkan la dari bersikap bodoh sombong. Tak untung mana pun bersikap macam tu. Buat orang keliling meluat adalah. Kalau boleh, senyumla selalu. Senyum itu kan pemanis muka. Lagipun awet muda, katanya kalau selalu senyum.


Source: Google

Tengok. Kambing pun pandai senyum.
Senyumlah selalu. Senyum seindah suria.
Tapi, tapi, tapi..,senyum-kambing?erkk?
Sebaiknya senyumla seikhlas hati kita.




Info:

Simpulan bahasa : Senyum kambing
Maksud : Senyum sedikit atau senyum yang dibuat-buat.







Oklah, tu la serba sikit aku nak kongsikan. Till then, selamat tengahari semua. Lunch apa hari ni?

Good pretender VS Hypocrite

Assalamualaikum.Hey hai.Apa khabar semua?Harapnya sihat la ye.Insyaallah. Oh ye, aku dah sign up nuffnang dan tanpa membuang masa telah meletaknya di blog ini.Kawan-kawan yang baik (siap puji-puji lagi kan.hehehe :D) sekalian,ringan-ringankan tangan untuk click ye.Besar pahala korang.hik3.Gedik ooh ayat itu.Minta belas orang click nuffnang.heh.Sebenarnya aku yang selalu lambat dalam segala hal pasal blog ni,memang la.Orang lain dah berkurun lama ber-nuffnang.Siap dah cash out earnings yang riban-riban.Aku ni baru nak mula.Kesian.heh.

Baiklah intro berjela pasal nuffnang saja.Back to main issue.Tengok tajuk pun dah tahu aku nak cakap pasal apa.Sebenarnya dah lama benda ni aku terlintas di otak aku yang dah lama tak dikerah untuk berfikir ni.Almaklumla semenjak dua menjak dah habis belajar ni.Otak bukan main relax lagi. Orang selalu nak salahkan orang yang suka berpura-pura ni.Tanpa bedah siasat, tanpa usul periksa terus jatuhkan hukuman. Baikla bedah siasat.Sebenarnya tak perlu la nak bedah ke apa. Just siasat je pun.hahaha.Bukan nya perlu operation bagai.Melalut.heh.Hukuman yang aku cakap kat atas ni,bukan la sampai kena penjara,hukum gantung mandatori,sebat dan sebagainya.Melampau la pulak kalau sampai macam tu.Cumanya orang yang semacam berpura-pura ni terus kena cop as HIPOKRIT.Fine la didi siap caps lock on.haha.Bukan apa.Saja nak emphasize.Itula gelaran yang sinonim dengan mereka.Mungkin aku pun pernah kena cop macam tu.Siapa tahu bukan?Orang zaman sekarang ni kan suka cakap belakang.Tapi bila berdepan lembut gigi dari lidah.Hambek kau aku kasi peribahasa ke bidalan ke apa tu.Baiklah bahasa melayu makin teruk.

Sebenarnya hipokrit dan penyamar yang baik (good pretender) adalah berbeza. Bagi pendapat aku,consequence kepada sikap-sikap itu yang berbeza nya. Mungkin benda ini akan nampak jelas jika pada situasi dan keadaan.Mari membedah siasat.

Situasi 1:

Ayam berkawan dengan itik.Mereka berkawan baik dari kecil lagi.BFF la katanya. Tapi dalam masa yang sama sebenarnya si itik ni cemburu dengan kaki si ayam yang kurus dan seksi itewww.Lagipun orang kata tuah ayam nampak di kaki. Mungkin kaki yang seksi itu selalu membawa tuah kepada si ayam. Lantas membuatkan si itik berasa cemburu. Dari sehari ke sehari. Perasaan cemburu nya itu kian bercambah. Bercambah?Oh didi,kau ingat cemburu itu macam tanam bunga ka siap bercambah bagai.hahaha.Bertambahla.Bukan bercambah.heh.Bila dengan si ayam,kemain lagi baiknya si itik.Baik.Siap cakap kaula kawanku yang paling baik.Tapi bila dengan si angsa (watak sampingan), ligat si itik mengutuk dan menjaja keburukan si ayam. Almaklumla BFF. Pasti banyak rahsia dikongsi antara ayam dan itik. Alkisahnya.

Hasil bedah siasat:

Aku kategorikan si itik ini sebagai hipokrit.Kawan yang baik dan ikhlas,tidak akan berasa cemburu dengan kawan baik sendiri.Malahan kita sepatutnya bangga dengan kelebihan yang ada pada kawan kita.Bangga dengan kawan yang ada kaki seksi.Awwww :P Gitula. Lagi satu hal, kawan yang baik,pasti tidak akan memburu-burukkan kawan nya.Nampak la ketidak-ikhlasan dalam berkawan. Tidak baik bukan,menjaja keburukan orang.Padahal ia seperti membuka pekung kita sendiri di mana menunjukkan keburukan kita yang tidak boleh memegang amanah.Perihal mahupun apa saja seperti rahsia yang dikongsikan,itu adalah amanah untuk kita menyimpannya. Kalau pun terdetik keinginan untuk berkaki cantik dan seksi seperti kawan kita itu,apa salahnya cakap terang-terang 'Cantikla kaki kau.Aku nakla ada kaki macam kau ni.Seksi uuuuu..' Apa la salahnya kalau kita memuji kawan sendiri.Kagum dengan cara memuji sambil meluahkan rasa hati yang inginkan kaki sebegitu.Bukannya dengan mencemburuinya dalam diam malahan kian hari perasaan itu semakin menguasai diri hingga lupa hubungan persahabatan yang terjalin sampai tahap bercerita itu ini dengan orang lain.Perasaan kita boleh dikawal.Jika sekali kita sudah terdetik dengan perasaan negatif,maka negatifla ia.Marila kita menjadi lebih positif supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi seorang yang hipokrit.Daripada cemburu,menjadi dengki sampai mengkhianati kawan dan paling kasihan telah menjadi hipokrit sebab mempunyai dua watak.Baik di depan dan jahat di belakang.Astaghfirullah al-azim.Janganla kita jadi begitu.



Itu kisah hipokrit. Penyamar yang baik pulak bagaimana?



Situasi 2:

Arnab bekerja di sebuah syarikat ternama iaitu syarikat milik si Singa. Arnab sudah bekerja selama 3 tahun di syarikat itu. Agak lama jugak si arnab bertahan bekerja di syarikat itu. Gaji yang lumayan.Bonus hujung tahun pulak masyuukkk.Siapa yang tidak mahu duit bukan.Tapi sungguhpun begitu,ada satu hal yang tidak best. Bos macam Singa.Eh,apa pulak macam.Nama pun syarikat milik si Singa.heh.Pantang silap,kena petir la kau.Habes la kena bambu. Kadang silap nya cuma sikit. Apa orang kata kecil punya hal la.Tapi begitu la. Di sebalik gaji dan bonus yang masyukk itu,ada juga yang kurang bestnya. Pekerja yang lain ramai yang silih berganti.Tidak tahan.Tapi si arnab masih juga si situ. Satu hari, bos nya memanggil masuk ke bilik. Singa bertanya kepada si arnab 'Garang sangatkah saya ni?' Si arnab pun menjawab 'Tak la tuan.Ok je saya rasa. Cumanya tuan seorang yang tegas dan mahu setiap perkara itu dilaksanakan dengan baik dan sebolehnya sempurna.' Singa pun berkata lagi 'Saya bukan apa.Saya cuma mahukan hasil yang produktif dan mencapai sasaran.Lagipun kalau syarikat untung, semua pekerja pun menikmati sama hasilnya.' Begitula soal jawab antara pekerja dan majikan.


Hasil bedah siasat:

Aku kategorikan si arnab ini sebagai penyamar yang baik. Si arnab menjawab dengan sebaiknya soalan bos nya. Tidak mengampu dengan kata-kata pujian. Tidak juga mengutuk. Malah si arnab menggunakan perkataan yang sedap di dengar orang kata. Berkias sambil berterus-terang. Tegas itu satu sikap yang positif tapi juga menunjukkan garang dalam maksudnya yang sebaliknya. Lepas itu mahukan sempurna juga adalah perkara yang positif.Tapi dalam maksud yang lain 'kau tak boleh salah sikit ohhh,kalau tak,habesla kau.' Nampak bukan si arnab menjadi penyamar yang baik. Bersikap jujur dengan majikannya tapi dalam masa yang sama tidak mahu memperkecilkan dan menyinggung perasaan majikannya.



Kesimpulan: Aku guna watak binatang sebab kalau aku guna nama,kang ada pulak yang sentap.Tak pasal nanti dia cakap aku mengata dia pulak.Tapi alkisahnya memang berkenaan manusia bukannya binatang ye kawan-kawan.Watak semata- mata. Pokok pangkalnya aku nak cerita pasal hipokrit dan penyamar yang baik itu. Itula seba sedikit pendapat aku. Mungkin orang lain, lain pula pendapatnya. Kalau ada yang sudi memberi pendapat berkenaan ini, amat di alu-alukan. Apa yang baik kita jadikan teladan, yang kurang baik dijadikan sempadan. Insyaallah.




Source: Google

OH.Inilah gambar watak-watak di atas.hihihi :D
Singa saja tak ada. Baikla sebenarnya itu gambar Farmville.
Facebook Game. Mungkin pemilik ladang tak berani nak bela singa.ngeh3.
Tumpang lalu, tumpang gambar ye pemilik ladang di atas. Ampun.







p/s: Aku juga pemain Farmville. Jom jadi jiran.hehehehe :P








Yang ikhlas,
Si Penggemar Ais :)





Sunday, January 23, 2011

Ahad yang cantek!:D

Assalamualaikum.Salam ahad.Oh sebenarnya nak letak tajuk Beautiful sunday.Tapi saja letak dalam BM.Lucu pula.Macam ahad tu adalah orang.heh :P This is so random update.Lets cekidaut:

1.Old story.Little bit about AJL.Sedihla Faizal Tahir tak menang AJL.Eventhough menang best performance.But I want more.Mengada.Aku pulak yang lebih-lebih kan.hehehehe :D Anyway,congratulation and celebration.Tahniah FT.You're the best!

2.Pastu kan.Best teramat best la music arrangement Cinta Sempurna yang Yuna nyanyi time AJL tu. Outstanding.Well done Yuna!.Yuna is so sweet and humble.Keep it up ya..(Aku ingat Yuna akan menang.If not the 1st one,atleast top 3.Tapi takpa la.Ku tetap akan menyokong Yuna.hihihi..)

3.Topik lain pulak.Apa perasaan korang kalau seorang lelaki sanggup bangun tengah malam or around 2-3 am untuk qiamulail dan berdoa untuk korang?Kalau aku,serius terharu. (T_T)

4.Next is,AKU DAH ADA TWITTER.hahahaha.semangat.siap caps lock on.padahal orang lain lama dah bertwitter.Aku buat account ni around last week.Best pulak.tweet tweet tweet..

5.I discovered about something. Macam jumpa apa je.Siap discover bagai.hehehe..As eberiwan (everyone.saja mengade eja macam gedik.oh no!muntah hijau.) knows 'Revenge is always sweet.' Bukan aku la yang balas dendam ke apa.That is so not me.Cuma biasala.What goes around comes around.Kalau semalam kau buat jahat,esok-esok orang pulak buat jahat dengan kau.Gitu la.Moral of the story,be nice to everyone around u.Tak rugi pun.Untung lagi ada.Sebab siapa tahu satu hari nanti,berlipat ganda kebaikan yang kita dapat.Insyaallah.

6.Aku makin hitam la.Padahal duduk rumah.Pelik bin ajaib.Walhal dulu dekat KL.Makin cerah pulak.Jom gi KL mencerahkan kulit.heheheh :D

7.Semoga minggu depan akan membawa kegembiraan dan kemanisan dalam hidup.Ayat macam orang nak kawen je.hahahaa.Apa pun,jom doakan yang terbaik buat aku secara berjemaah.Amin.(Padahal tak tahu nak cakap apa dah.Tapi nak jugak cukupkan tujuh.Sebab rasa nombor tujuh cantik.hehehe.Takda kaitan.) Tapi betol la,serius ni.Doakan aku ye kawan-kawan.Doakan aku dapat kerja cepat.Nanti leh belanja korang.heehehe..Really need it.Thanks muchie for the Doa.Love.






Much love,
Si Penggemar Ais ^^